15 March 2011

Tujuan hidup

Manusia semakin lama semakin lalai. Hari-hari yang berlalu dipenuhi dengan maksiat dan dosa. Apakah kita yakin bahawa kita akan hidup lama? Apakah kita yakin bahawa masih lambat lagi malaikat maut datang ingin mnejemput kita ? Apakah kita yakin bahawa kita kekal di alam fana ini? Tidak. Ya, kita sedar tentang perkara ini. Tetapi, apakah tindakan kita? Adakah hari-hari yang berlalu kita penuhi dengan amal ibadat?


Apakah tujuan hidup kita sebenarnya? Inginkan keseronokan yang sementara ataupun yang kekal abadi ? Dunia hanyalah persinggahan sementara di mana kita harus mengumpul bekalan akhirat kita secukup-cukunya. Janganlah nanti sudah terlambat, barulah kita akan menyesal. Allah SWT Maha Pengampun lagi Maha Penyayang untuk menerima segala taubat kita. Ingatlah, daripada-Nya kita datang, kepada-Nya jualah kita akan kembali. Berkebunla di dunia agar kita dapat menuai hasilnya di akhirat.

guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

0 comments:

Post a Comment