11 February 2011
Muhasabah diri
Jangan ingat kita sempurna sangat. Kerana kadang- kadang kita melakukan kesalahan tanpa disedari. . Terimalah teguran dan pandangan orang lain tentang diri kita dan cubalah baiki diri dari semasa ke semasa. Janganlah menjadi orang yang sombong. Janganlah jadi orang yang hanya melihat keburukan dan kelemahan orang lain. Sedangkan keburukan diri sendiri, langsung tak sedar. Kata dekat orang pandai, tapi bila kita buat tak pa pulak. Bila ditegur cepat melenting. Kita selalu buta dalam menilai kekurangan diri. Tetapi orang lain boleh menilainya. Kita tidak sedar bila dan di mana kita melakukannya. Tetapi orang lain dapat mengesannya. Sebelum mengambil seuatu tindakan, fikirkanlah dengan sebaik-baiknya. Jagalah pertuturan dan sikap kita. Elakkan mengata sesuka hati tentang keburukan orang lain kerana apa yang dikatakan itu, akan kembali kepada kita semula.
guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^
Subscribe to:
Post Comments (Atom)





0 comments:
Post a Comment