“Sesungguhnya Islam datang dalam keadaan asing dan akan kembali pula dalam keadaan asing, maka berbahagialah orang-orang dikatakan asing.” (HR. Muslim dari hadits Abu Hurairah dan Ibnu Umar radhiallahu ‘anhuma)
Ya..keadaan ini sedang berlaku. Semua orang semakin melupakan Islam..Dahulu, Islam datang dalam keadaan asing. Semua orang jahiliah memandang agama Islam sebagai agama yang pelik. Itu tak boleh, ini tak boleh. Minum arak tak boleh, berzina tak boleh...Tetapi itu zaman dahulu..bagaimana pula dengan zaman sekarang?Islam itu semakin menjadi asing...cuba ambil contoh dari segi aurat.Menutup aurat itu wajib dalam Islam..Tetapi ada insan yang menganggapnya sebagai sunat sahaja. Sekejap pakai, sekejap buka..Tentu kita akan merasa pelik dalam kalangan orang yang sibuk membuka sana sini, tersesat seorang dua sahaja yang bertutup penuh..mesti ada yang berkata' eh kenapa dgn dia tu ?'
Sungguhpun begitu, beruntunglah orang yang asing tadi...
Baginda ditanya, “Siapakah orang-orang yang asing itu?”Baginda menjawab,
“Iaitulah mereka yang berusaha memperbaiki manusia ketika golongan ramai sudah menjadi rosak”
[Riwayat Abu Amr al-Dani daripada hadith Ibn Mas’oud. Dinilaikan sahih oleh al-Albani] Di dalam suatu riwayat yang lain, baginda menjawab, “Iaitu mereka yang menghidupkan Sunnahku yang telah dimatikan oleh manusia” Juga dalam satu riwayat yang lain, baginda menjawab, “Mereka adalah kumpulan kecil di kalangan kelompok ramai yang rosak. Golongan yang menentang kumpulan kecil ini, lebih ramai daripada yang mengikutnya”





0 comments:
Post a Comment