09 December 2010

My Best Friends..

Assalamualaikum ….
Haa..apa khabar? Lama tak jumpa..haha..aku nak cita satu kenangan indah yang aku takkan lupakan dalam hidup aku iaitu tentang kawan-kawan baik aku..aku sayang sangat kt diorang nie tau..kalau boleh, aku sentiasa nk bersama dgn mereka tapi apakan daya, hidup nie bukan aku yang punya. Semuanya Allah dah tetapkn dah.ok..sekarang meh sini aku nak cita kt korang.

Aku ada lima orang kawan baik. Mereka ialah Iman, Athirah, Reen, Aida, Adilla dan Wani. Mereka ni semuanya ada keistimewaan dan aku suka perangai masing-masing. Aku terima mereka seadanya seperti mana mereka menerima aku seadanya. Kenangan kami yang paling indah ialah ketika kami berada di tingkatan 2 kerana kami sekelas. Best sangat time tu. Tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Tapi kami harus berpisah apabila kami memasuki tingkatan 4. Ish..tengok,aku rasa dah nak nangis dah ni..ni suma korang punya pasal la..dah2.. mari aku ceritakan tentang mereka semua ni.

Orang pertama yang aku nak ceritakan ialah Iman, nama penuh dia ialah Iman Yazmeen. Tapi dia tak suka nama Yazmeen. Pada aku, aku suka sangat nama Yazmeen tu. Sedap sangat. Iman ni orangnya baik, peramah dan cantik gilerr. Ramai yang minat dekat dia. Sebut je ciri-ciri lelaki yang kita tak berapa nak sedap dengar kan, semuanya minat dekat Iman. Dari yang badan besar, halus, capang, rambut gulung semuanya ada. Cantik-cantik juga, tapi jangan buat main dia ni, kalau hampa buat tak elok kat dia, mau kena sembur. Time buku teks Iman kena curi tu waktu kami tingkatan 2, memang kena maki habis orang yang curi tu. Iman bukan boleh orang buat gitu dekat dia. Memang nak cari pasal kut. Suara dia, fuh, tak payah tanya. Kalau nak tau, itulah bakat semula jadi yang diwarisi daripada emak dia. Dia memiliki suara istimewa yang kalau dia bercakap, orang yang duk sebatu pun boleh dengar. Dahsyat betul..tapi aku suka sangat ‘kelebihan’ yang Iman ada ni. Boleh guna untuk protection.
Tapi Iman ni, ganas-ganas dia pun, hati dia baik sangat. Hati dia lembut. Dia mudah menangis...Iman ni orangnya peramah. Ramai orang suka kawan dengan dia. Sebab dia boleh berkawan dengan semua orang. Aku tak macam Iman. Aku ni sombong sikit. So nasiblah. Orang yang dapat kawan dengan aku tu, kira beruntung giler (cewah). Apatah lagi dapat jadi kawan baik aku. Orang lain mana berani nak kawan dengan aku. Tengok muka aku yang serius ni, mau lari balik. Tak jadi buat kawan.  Eh..eh, nie cita pasal aku dah ni. Sambung cerita Iman dulu.
Cikgu-cikgu pun suka dengan Iman ni. Bukan setakat cikgu, abang-abang pun berlambak yang minat dekat dia. Tapi sorrylah kalau nak jadi teman istimewa Iman. Setakat nak buat kawan tu bolehlah. Kan Iman kan? Taste iman ni pelik sikit. Bukan pelik, tapi lain dari yang lain. Ciri-ciri lelaki idaman dia ialah : hitam, tinggi dan sasa..kalu hok putih tu, minta maap la. Cuba taun depan noh. Dia ni tak suka orang lelaki yang putih. Katanya, orang laki yang putih ni macam tak reti buat benda yang jantan2 lain duk buat. Contohnya main bola. Orang main bola kan gelap-gelap. Dalam kata lain, orang lelaki yang putih ni dalam bahasa kasar macam lembut or jambu la. Warna kegemaran Iman pulak ialah kaler pink. Kiranya memang favourite dia lah. Kalau boleh semuanya nak pink. Dan dalam kelas, kalau dia tak mai, memang sunyi. Kenapa? Sebab lawak Iman ni stail spontan. Dia tak pikiq dah apa yang dia cakap. Dia main caaakap je. Sebab tu aku tak boleh nak tahan gelak kalau Iman start bersuara. Memang lawak ! kalu dia buat lawak “blue”, yellow, green, emm..mesti ada ja orang yang nak sambung.  Iman memang pakar dalam bab kahwin, beranak, malam pertama dan rumah tangga…kalau nak minta tips ka apa ka, minta la kat dia. Lagi satu, Iman nie terer gila dalam Maths !


Ok..sekarang aku nak cerita tentang sorang ni. Dia suka sungguh buat ayat pasrah dia. Bab air-cond memang sensitive sikit untuk dia ni. Kalau cakap pasal air-cond, dia mesti buat ayat ni. “ Kami tada duit. Kami miskin. Air-cond bilik kami rosak. Mak kami kata tada duit nak perbaik. Nak makan pun tak cukup.” Kalau tak percaya cuba la bincangkan isu sensitive ni dengan dia. Pandai-pandai la hampa tahan telinga hampa untuk dengar semua ni. Kalau dah start tu, emm..tak tau lah bila nak berhenti. Sapa lagi kalau bukan Nur Athirah. Dia ni memang pandai dalam bahagian penulisan dan memang terer BM. Ya la, tadak2 duit pun, tuisyen BM dia dua kali beb.sorry Athirah..haha.sebab tu la pandai BM. Bagi aku, Athirah ni memiliki sepasang mata yang besar dan cantik. Mata dia memainkan peranan yang penting dekat wajah dia. Kalau nak cakap dengan dia, kena “formal” sikit. Tak boleh guna AKU atau HANG. Kena guna KAMI dan HAMPA. Tapi aku tak kira, kadang2 aku cakap jugak AKU HANG dengan dia. Kadang-kadang tu dah terlepas, cakap p la. Saja nak usik Athirah. Athirah ni, perwatakan dia ni lain sikit. Dia lembut dan kadang-kadang suka buat lembik depan aku. Bila dia buat lembik dia, aku pun macam terikut dengan dia. Keistimewaan dia ialah, dia seorang yang lembut. Tapi kalau dia marah, aku pun takut. Kawan baik dia ialah Mar. Mar kalau dengan kami, garang nak mampuih, tapi kalu dengan Athirah, bukan main lembut lagi..kiranya Athirah ni, dapat layanan istimewa la daripada Mar. Kawan baik la katakan..

Next, aku nak cerita tentang Reen. Nama penuh dia ialah Rus Harzira Razreen. Orangnya tinggi lampai, cantik dan baik. .. Perhatian untuk laki-laki yang gelap, Reen ni lain daripada Iman. Tak main la hitam-hitam, Reen nak orang lelaki yang berkulit putih. Kahwin jemput tau Reen. Aku teringin benar la nak tengok laki kawan aku sorang ni. Al-maklumlah, Reen nie tinggi, entah tinggi macam manalah laki dia nanti. Hasil kerja tangan Reen semuanya kemas. Tak macam aku. Tambah-tambah kerja seni. Reen ni dah sedia maklum dengan prinsip aku. Kalu bab seni ni, aku bantai aje. Perangai aku macam Iman jugak. Kami  tak kisah. Janji siap. Tapi Reen, dia nak semuanya sempurna. Itulah kelebihannya. Kerjanya semuanya kemas. Kawan baik Reen yang paling dia sayang ialah Nani dan lagi sorang Wani. Semuanya ada Ni dekat belakang. Kalau aku nak jadi kawan baik dia jugak, nama aku kena bertukar jadi Nisani la kot. Reen pandai dalam BI. Sama macam Iman. Reen pun ada peminatnya jugak. Orang lawa la katakan. Mesti ada secret admirer. Dulu dengar cerita, ada mamat mana ntah yang minat dekat Reen. Apa ntah gelaran mamat tu. Aku dah lupa la. Apa, tepung talam ka apa ntah. Nanti tanya Reen lain la noh. Tapi mamat tu tak memenuhi ciri-ciri yang Reen suka. Nasiblah..
Reen ni ada banyak mak angkat. Salah seorangnya ialah cikgu Halimah. Cikgu ni sayang sungguh dekat dia. Kalau tak percaya tanya Thir, dia suka sungguh puji Reen dalam kelas. Anak murid kesayangan dalam kelas la katakan.  

Sekarang kita masuk cerita Aida pulak. Nama penuh yang mak ayah dia bagi ialah Aida Syazleen. Wuishh, dia ni pun boleh tahan ganas jugak. Bab bola boleh tanya dia. Semua dia tau. Memang dahsyat betul.Jangan buat main dengan dia ni. Aida ni memang baik. Aku suka kawan dengan dia. Dia ada minat kat sorang budak ni. Nama gelaran dia ialah awokk. Sapa yang cuba nak tackle awokk dia, memang nak kena dengan Aida kot. Hari tu, aku ajak dia lawan buat gulai, tapi dia boleh ajak aku lawan gusti. Aduss..mati aku kalau kena lawan gusti dengan dia. Aida ni kuat melatah jugak. Best kalau usik dia. Aida ni boleh dikategorikan sebagai peminat fanatik dalam apa saja yang dia minat. Contohnya, dia minat Aril. Dia memang akan simpan gambar orang yang dia minat tu. Bukan satu dua, tapi banyak. Hal ini termasuklah si awokk nuh. Memang banyak gambar dia. Kami ada satu hobby yang sama iaitu kami sama-sama suka baca novel. Kami selalu tukar novel. Aida ni macam Iman jugak, peramah. Best kalau dapat kawan dengan dia. Ada satu benda yang aku jeles dekat Aida ni, dia ada lesung pipit. Kalu dia senyum tu, memang comel la..aku suka tengok orang yang ada lesung pipit.

Kali ni aku nak cerita pasal Nura ‘Adilla pulak. Dia ni kawan baik kepada Aida. Dia ni memang cantik dan baik hati. Keistimewaannya ialah dia ni berani. Bukan berani sikit-sikit, tapi banyak berani. Cita-cita dia nak jadi askar. Tak berani lagi ke tu. Aku bangga kalau ada kawan aku yang jadi askar. Bolehlah jaga kami nnt bila dah besar,hehe. Apa yang aku suka dekat Dilla ni, dia ada lesung pipit. Kalau dia senyum, terserlah la lesung pipit dia tu. Memang cun. Minat dia sama dengan Aida. Lebih kurang la. Sebab tu boleh jadi kawan baik.  Tapi Dilla ni boleh tahan brutal jugak. Pantang dicabar oleh kaum Adam. Pasti disahut cabaran tu. Kalau berani, try la dengan Adilla. Pada  pandangan aku, Dilla ni kalau boleh, dia nak buktikan yang wanita pun boleh berdiri sama tinggi dengan lelaki di mata dunia. Dia tak suka kalau wanita dipijak-pijak oleh golongan lelaki. Tapi tu semua pada pandangan aku la. Sahih ke tak, kena tanya Adilla dulu.betul tak Dilla?

Last but not least, pasal Nor Azwani Hasan. Orangnya sangatlah pemurah. Semoga Allah sentiasa melimpahkan rahmat-Nya kepada kawan aku yang sorang ni. Sifat dia yang paling aku suka ialah dia suka menjamu kawan-kawan dia. Dia suka jamu aku dengan jeruk yang dia buat. Memang sedap ! Memang tiada tandingan. Dia tak kisah membawa makanan untuk menjamu kawan-kawannya. Dia tak kedekut. Time raya, mesti aku suruh dia bawa kuih raya.. Tapi ada la kan sorang tu. Suka sungguh cari pasal dengan aku kalau Wani bawa kuih. Nak tau sapa. Aida la, sapa lagi. Kalau Wani bawa, Aida start la nk kacau aku..haihh.. Lagi satu, dia ni peminat fanatik novel aku. Haha. Bab novel memang aku cari dia dulu. Wani ni group dengan aku, Aida, Dila. Kami suka novel. Suka sangat. So, waktu form 4 nanti, kalau aku dapat MRSM, mesti aku tak boleh nak cerita novel aku dekat sapa-sapa dah. Ya la, mana ada orang nak dengar cerita aku macam mana Wani suka dengar. Wani selalu beri semangat dekat aku. Haa..yg tu la aku suka..

Sampai sini sahaja cerita aku. Cerita ni tak ada kena mengena dengan yg hidup mahupun yg dah meninggal. Kalau ada silap dan salah aku dalam menulis cerita di atas, maafkanlah aku. Ini sekadar luahan aku tentang kawan-kawan baik aku.. Semoga Allah sentiasa merahmati persahabatan kita. Aku sayang sangat dekat hampa semua ! Jumpa lagi nanti…
Wassalam….


guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

1 comments:

nuraadilla said...

Salam nisa.. trharu bla start bca post ni.. haha.. smpai air mta aq jtoh tba2.. aq syang ang sgt2.. xkn aq lpakn ang walupon kta da x blja skali(mybe 1 ary nnt).. Tengs 4 all ur dscrption about me !! sgt2 intrsting.. kalo jd nvel aq org 1st akn bli nvel tu.. haha.. papepon aq syang sgt2 suma kwn aq.. bkn mdah aq nk jmpa dgn kwn2 yg baek cm ampa suma.. smpai mati pon ampa ttap my bezzzz fren.. 4eva n eva.. and we'll hepy evea after as bezzfren !!

Post a Comment