13 December 2010

Ketahuilah..

Doa merupakan senjata orang mukmin. Ketika Allah mengilhamkan agar kita memohon sesuatu hajat kepada-Nya, maka ketahuilah Allah sebenarnya ingin mengabulkan doa kita. Allah itu Maha Pemurah. Dia ingin mengabulkan permintaan kita tetapi kita yang malas berdoa kepada-Nya. Teringat pesan bonda saya. Orang yang tidak berdoa kepada Allah selepas solat merupakan orang yang sombong. Mahukah kita menjadi manusia yang sombong kepada-Nya walhal kita tidak mempunyai apa-apa untuk disombongkan di hadapan Allah yang mencipta alam ini dan memiliki segala-galanya. Kita hanyalah manusia lemah yang sering mengharapkan pertolongannya. Janganlah kita menjadi orang yang menangis dan merintih kepada Allah tatkala ditimpa kesusahan dan melupakan-Nya ketika senang. Marilah kita berdoa kepada Allah SWT kerana Dia mencintai orang yang merintih meminta kepada-Nya..

guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

0 comments:

Post a Comment